Friday, September 7, 2012

Koleksi Cerita Paling Kelakar Di Dunia

Koleksi Cerita Paling Kelakar Di Dunia

Cerita 1

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita 2

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 3

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak.. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya.. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Cerita 4

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 5

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawannya itu.. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 7

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Cerita 8

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 9

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..

Cerita 10

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.

Wednesday, November 23, 2011

[Diary] Entry ke-10


Salam hormat para bloger sekalian. 
Untuk blog yang sangat-sangat baru ini, dalam entry ke-10 akanku update sedikit sebanyak  progress pembelajaranku dalam bidang business online ini. Aku juga ada menyediakan BUKU TAMU dan ChatRoom untuk para bloger yang sudi singgah diblogku ini. 
Di dalam first entry ku, ada menyebutkan tentang rules dalam blog ini, dan rules nya adalah:
1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan terakhir, 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.

Yeahhh~ RULES utk para fighter, Tiada yang serius melainkan rules yang serius… L.O.L.
Bersatu kita teguh!

‘Update siket…’ Segalanya berjalan dengan lancar namun untuk faham & menghabiskan modul bab “email marketing ” ini sangat mengambil masa. Mungkin kerana modul yang saya gunakan sangat terperinci, lengkap dan lebih tutorial dari kebiasaanya teori sahaja. Modul yang sangat berharga. Harapanku selewat-lewatnya hujung minggu depan ‘mesti dah master bab ini’. ‘Harap2 laaa dapat cepat faham dan terus buat…’

Sekali lagi ditegaskan kelab-perjuangan.blogspot / fight club blog ini bukan blog yang diwujudkan untuk ‘melancarkan perang ke, mewujudkan organisasi haram ke, skaud berani mati ke, atau ape2 lah yang ngeri, ia x ade kena-mengena langsung beb’. Blog ini adalah menceritakan sebuah kisah klasik seorang yang telah diberhentikan kerja dan berusaha fight! untuk kerja sendiri dengan menceburi bidang business online. Segala suka-duka yang akan ditempuhi untuk menjadi seorang Internet Marketer yang berjaya akan dilakarkan dalam setiap entry...

Mari menjana pendapatan di internet dengan cara yang betul.

kelab-perjuangan.blogspot / fight club blog” – mencari teman-teman bloger yang berminat untuk memulakan business online atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan di internet sama-sama belajar, berkongsi ilmu dan info serta perbincangan ilmiah. Blog ini akan berkongsi artikal & tips-tips menarik berkaitan dengan apa yang di “perjuangkan” didalamnya. 

Blog ini juga akan berkongsi info dan e-book yang menjadi rujukan kepada teman bloger lain supaya dapat inspirasi dari bahan ilmiah tersebut. Yang paling penting blog ini sangat memerlukan segala pandangan, nasihat, kritikan, kutukan, idea, dan support dari bloger lama dan baru, dari peniaga-peniaga internet yang dah success atau yang baru bermula, dan akhir sekali dari Internet Maketer yang hebat-hebat sekalian.

ENTER to SUCCESS

-Fight! For your right beb.-

1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.

Tuesday, November 22, 2011

[Tips] Memulakan Bisnes, Tapi Takut Bankrap


Hari ini, hari pertama perniagaanku “BaRaKaH SERVICES” beroperasi, sedangku membaca email sambil mancari-cari info tips perniagaan. Aku terbaca tips yang ringkas tetapi sangat berguna – Tips mengelak dari bankrap. Mari aku kongsikan dan terangkan kepada rakan-rakan bloger lain :

3 Tip Mengelak Bisnes dan Diri Sendiri Bankrap
1.)Menghapuskan simbol kekayaan sebelum berniaga.
2.)Mulakan bisnes kecil-kecilan.
3.)Menjaga wang masuk dan wang keluar.

Menghapuskan simbol kekayaan sebelum berniaga:

Kereta mewah melambangkan status

Apa simbol kekayaan yang dimaksudkan? Antara simbol-simbol yang kebiasaannya menarik perhatian adalah kereta besar, rumah besar, dan berpeluang untuk melancong ke mana-mana.Tidak semua usahawan yang berjaya menjadikan simbol kekayaan sebagai matlamat akhir mereka. 

Kajian-kajian yang dibuat mendapati, usahawan-usahawan yang berjaya ini menjadikan simbol kekayaan sebagai satu bonus kepada diri mereka, selepas mereka berusaha keras untuk membangunkan perniagaan. Ini bermakna, fokus utama usahawan adalah membina dan menstabilkan perniagaan terlebih dahulu sebelum membeli ‘hadiah’ untuk kepuasan diri sendiri. Anda mesti ingat pesanan ini, “mereka yang sentiasa gagal menjalankan perniagaan sehingga mencapai status bankrap adalah golongan yang fokusnya terletak pada simbol-simbol kekayaan, seperti duit, kereta, dan rumah semata-mata

Mulakan bisnes kecil-kecilan:

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Bagi yang tidak mempunyai pengalaman berniaga. Cari pengalaman dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Ini bagi membantu kita untuk memahami aspek-aspek asas perniagaan sebelum melangkah ke peluang bisnes yang lebih besar. Namun begitu, perniagaan yang kecil, risiko tidak semestinya kecil. Ada juga bisnes kecil yang akan membuatkan kita rugi besar. Tetapi bisnes yang besar, tahap kerugian itu pasti besar. Apabila kita berjaya membangunkan bisnes kecil, maka ia menunjukkan kita mempunyai potensi untuk mengawal bisnes-bisnes besar.

Menjaga wang masuk dan wang keluar:

Kunci kira-kira, penyata untung-rugi adalah sangat penting

Sebagai usahawan, perniagaan yang dimiliki memberikan kita sesuap nasi setiap hari. Apabila kita gagal mengetahui wang masuk dan wang keluar, ia mendorong kepada kerugian secara halus. Daripada kerugian-kerugian yang halus ini, ia akan membawa kepada kerugian berjumlah sehingga jutaan ringgit. Jaga wang perniagaan kita. Tahu dan catat setiap kali transaksi yang berlaku supaya kita dapat kesan perjalanan wang tunai yang bocor. Sebagai pemilik perniagaan, semakin banyak duit yang ada di dalam akaun, semakin tinggi nilai perniagaan itu. Hal ini tidak dinafikan kerana duit merupakan penjamin untuk perniagaan itu terus bertahan. Namun begitu, gunakan duit dengan cara yang betul. Pembaziran kerana hendak memuaskan nafsu semata-mata akan membunuh bisnes kita.

Kebanyakan individu yang hidup bebas masa dan bebas kewangan, adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang mempunyai perniagaan sendiri. Dalam masa sama, ia memberikan satu petunjuk dan inspirasi kepada segelintir kita, untuk memulakan perniagaan akibat terdorong dengan kemewahan yang mereka miliki. Jadi ingatlah wahai teman-teman bersihkan hati dahulu dan sentiasa memohon petunjuk dari ALLAH sepaya dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan hati yang tabah.

-Sumber-sumber info dari Aqif Aziza (Majalah Niaga)-

[Diary] Aku Tubuh Syarikat

Semalam, tanggal 21-11-2011, alhamdulillah.... aku telah selesai mendaftarkan syarikatku dengan nama "BaRaKaH SERVICES", semoga mendapat berkat & keredhan-Nya dengan setiap apa yang aku telah dan akan usahakan, amin. Perhidmatan yang ditawarkan ada 3 jenis secara amnya: 

1.) Perhidmatan dalam bidang logistik & pergudangan
2.) Perhidmatan dalam bidang IT, Multimedia & Perniagaan Internet
3.) Perhidmatan dalam bidang kereatif - Juru Foto, Landskap & Designer

Semoga segala usaha untuk terus FIGHT! dalam meneruskan hidup tanpa bekerja makan gaji akan terus konsisten dan sentiasa berada pada jalan yang lurus.

-barkat selamat~-

1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.

Sunday, November 20, 2011

[Diary] Aku Kerja Untuk Simpan Duit.

           Sebelum ini aku sering berfikir bekerja bersungguh-sungguh untuk mengadakan sedikit simpanan duit. Rutin simpananku adalah pada awal tahun, apabila mendapat bonus syarikat, separuh kita guna untuk bayar hutang, beli barang yang diidamkan tahun lepas, yang selebihnya akan disimpan simpan. 'Simpan utk ape?? Untuk raya akan datang laaa....' Bulan-bulan seterusnya kita masih lagi menyimpan sedikit demi sedikit semata-mata untuk menyambut Aidilfitri dengan meriah & jayanya. Aku tidak mahu pening bila berbelanja persediaan raya pada bulan puasa, aku tidak mahu tidak cukup wang ketika beraya 'nak bagi duit raya lagi, nak buat open house lagi... duit balik kampung dan nak berjalan raya sakan'. Aku juga tidak sanggup untuk 'sengkek' apabila berlalunya syawal, dan beberapa bulan kemudian datangnya Raya Korban, hari yang sangat dituntut untuk kita berkorban, rugi kalau kita tidak berkorban, sekurang-kurangnya 1 bahagian jadilah.


'Semua simpanan selama setahun habis & ini laaa rutin setiap tahun.. Jika ade balance simpananku khas untuk 1) hari ulang tahun perkahwinan, beli hadiah, shopping jalan-jalan dan makan malam. 2) Bercuti bersama keluarga, confirm dalam Malaysia sahaja "x payah laa korang pi keluar negara, dalam malaysia pon sampai tua x akan habis semua tempat menarik untuk korang lawati, barulah bleh kata untuk memartabatkan budaya dan bangsa".'

Hanya itu sahaja setiap tahun cara aku menikmati duit hasil titik peluhku. Tapi, rezekiku alhamdulillah murah, walau tidak mewah dengan wang ringgit, tetapi rezeki kesihatan, rezeki mempunyai sahabat yang setia, rezeki dipermudahkan segala urusan dan macam-macam lagi. Aku sangat bersyukur walau gaji cukup sederhana 'bukan cukup-cukup makan, tapi cukup laa utk setahun jee' walau tiada wang simpanan yang banyak, namun tiada dugaan atau ujian yang telah ditetapkan untukku yang melibatkan penggunaan duit  yang banyak, alhamdullilah.

Cuma sekarang aku telah diberhentikan kerja dan sudah tentu rutin simpanan dan cara kepenggunaan wangku akan serta-merta bertukar, aku redha dah ALLAH telah memberikanku rezeki masa yang selama ini aku sangat-sangat perlukan. Inyallah dengan masa yang diberikan ini aku cuba sedaya-upaya untuk tumpukan kepada explore bidang baru disamping lebih penumpuan kepada keluarga. "Ya ALLAH ya Tuhanku, berkatilah masa yang telah Engkau berikan kepadaku, redhailah segala usahaku untuk FIGHT! dan terus berjuang dalam hidup ini dan mencapai cita-citaku untuk berjaya dalam perniagaan online ini. AMIN"

-sedang buat kira2 untuk bajet raya tahun depan-


1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.

Friday, November 18, 2011

[Article] Tempuh Segala Cabaran


Pada entry sebelum ini ada pertanyaan yang telahku lemparkan kepada rakan bloger sekalian. Pertanyaannya adalah begini Pernah rakan bloger semua menjual ape-ape produk di blog atau pernah membina 1 blogshop untuk memasarkan produk??. Benar ke pendapatannya sangat lumayan? Atau sering kecewa dan hampir berputus asa.

Jika selama usaha anda untuk menjadi peniaga di alam siber ini sering menemui kegagalan, janganlah anda serik, merasa kecewa dan berputus-asa. Anda mesti berusaha & terus menimba ilmu supaya situasi seperti merasakan diri sediri hanyut dan mengalah sebelum berusaha dapat dilawan. Situasi ini sebenarnya dipanggil Metal Block.  Kita menghadapi kesukaran untuk maju ke hadapan meskipun sudah memulakan sesuatu. Kata Anthony Robbins, individu berjaya bukan sahaja memiliki keupayaan untuk bertindak, tetapi mereka juga mempunyai keupayaan untuk maju ke hadapan, atau melakukannya secara konsisten.
Fokus terus maju & konsisten
Dalam dunia siber, wujud paling kurang 3 jenis mental block dalam diri setiap blogger/internet maketer/peniaga online iaitu:
Saya tidak boleh buat duit.
Saya tidak boleh menulis.
Saya tidak pandai promosi.

Saya tidak boleh buat duit
Gagal memperoleh duit secara online ???
Setelah selesai membina blog, mengupah membuat website, membeli themes menarik untuk landing page, melaburkan duit untuk reka bentuk logo, memuat naik artikel-artikel baru, mangarang surat jualan, memasang segala system marketing tools dan bermacam lagi persiapan untuk anda menceburkan diri dalam business online. Tiba-tiba pada keesokan harinya hati kita wujud sifat ragu-ragu.
Kata hati ;
“Betulkah ape yang aku buat ni? Adakah aku boleh menjana pendapatan dari blog seperti bloger lain?”
“Produk aku ni boleh ker diterima ramai?”
“Ade ker yang berminat nak singgah melihat promosi aku, ade ker list/prospect aku ini akan memberli produk aku???”

Dalam situasi ini, kedua-dua jawapan positif dan negatif adalah betul. Bermakna, sekiranya kita memberikan jawapan yang negatif terhadap diri, maka ia adalah pilihan kita. Begitu juga sebaliknya.
Justeru itu, untuk berhadapan dengan situasi mental block seperti ini, pastikan kita sudah tahu bagaimana blueprint, atau langkah yang betul untuk melakukannya. Dalam dunia internet marketing, apa yang kita perlu tahu adalah cara sebenar internet marketer lain buat duit dengan internet dan setiap hari tambahkan segala ilmu yang berkaitan. Dengan ini, rasa ragu-ragu itu akan pudar sedikit demi sedikit. Kerana kita yakin dengan jalan yang dipilih.

Saya tidak boleh menulis

Gaya penulisan yang jujur
Benarkah semua peniaga online, blogger dan internet marketer membina asset perniagaan mereka mempunyai kemahiran dan bakat dalam penulisan? Tidak sama sekali. Malah kebanyakan daripada mereka sering melakukan kesalahan dari segi penggunaan bahasa, struktur ayat dan sebagainya. Tetapi kenapa mereka masih boleh berjaya? Kenapa blog, web atau surat jualan mereka dapat menjadi sebuah mesin duit walaupun gaya penulisan mereka tidak secantik seperti pakar bahasa.

Jawapannya, mereka menjadi diri sendiri. Bersikap jujur dalam penulisan adalah jalan terbaik untuk memperbaiki kualiti penulisan hari demi hari. Majoriti manusia tidak dilahirkan terus bijak menulis. Tetapi mereka dilahirkan dengan keupayaan untuk memperbaiki kualiti penulisan.

Saya tidak pandai promosi
Bagaimana tekni promosi yang betol ?
Dalam dunia perniagaan, kajian menunjukkan 90% perniagaan lingkup kerana tidak mempromosikan produk atau servis mereka. Peratusan ini juga tidak terkecuali, malah hampir sama dalam dunia online business. Mereka yang gagal adalah mereka yang tidak tahu, atau tidak mempunyai kaedah yang betul untuk mempromosikan perniagaan online/web/blogshop mereka.

Sedangkan untuk hidup sebagai seorang blogger/internet marketer/peniaga online sepenuh masa, trafik memainkan peranan penting. Trafik adalah enjin utama sebelum kita boleh menjana pendapatan yang lumayan menerusi blogshop /landing page/ web. Untuk mengalihkan mental block ini, luangkan masa untuk membaca bahan-bahan ilmiah seperti buku, artikel majalah, ebook dan lain-lain yang boleh menambahkan kemahiran dan tekni yang berkaitan dengan bidang tersebut.

"So segala cabaran & halangan kita fight! sama-sama beb, kasi pecah. Yang penting itu semua hanyalah mental blok kita yang hadir untuk melemahkan kita, rezeki itu dari ALLAH dan kita hanya perlu berusaha dan bertawakal sahaja, kalau ALLAH x bagi rezaki itu hak DIA, kita perlu terus berusaha & berdoa, mungkin belum sampai masanya, rancangan ALLAH itu lebih baik dari hambanya."

-Sumber-sumber info dari Hasbul Aqill (Majalah Niaga)-

[Article] Online Busniss itu mudah ?



Ramai yang menyangkan buat duit di internet atau business online ni mudah, sebab memang banyak statement  di web atau forum yang menyatakan perniagaan internet mudah semudah a, b, c. ‘Soalan ini aku tujukan kepada semua rakan bloger sekalian, betul ker senang sangat buat duit di internet ni?? Pernah rakan bloger semua menjual ape-ape produk di blog atau pernah membina 1 blogshop untuk memasarkan produk??. Benar ke pendapatannya sangat lumayan? Atau sering kecewa dan hampir berputus asa.’ 

Tidak dinafikan ada rakan-rakan kita yang berjaya menjana pendapatan di internet namun satu kajian menunjukkan hampir 90% orang yang menceburi dunia perniagaan di internet, kesudahannya samada rugi, atau balik modal atau untung sikit-sikit sahaja. Apa yang dimaksudkan disini adalah 90% orang yang cuba mencari pendapatan sampingan melalui internet biasanya menemui kegagalan. Perniagaan internet ini biasanya sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar dengan sistem networking dan juga modal yang sangat kecil tanpa perlu keluar rumah untuk mengembangkan perniagaan internet mereka. Hanya 10% sahaja yang benar-benar berjaya dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Mereka ini kebiasaannya di panggil internet marketer (IM)

Anda adalah golongan yang mana?
‘So, korang di sebelah yang mana? Aku pon masih ditahap cap ayam lagi… kalau x rugi, balik modal, hahaahaahahahaaammpehh’

10% berjaya dalam online marketing dan 1% sahaja ialah Internet Marketer
Bagi internet marketer, objektif mereka adalah untuk mendapat keuntungan yang besar dengan modal yang sangat kecil dan hanya dengan duduk di rumah. Ini sebenarnya bagiku bukan perniagaan, tetapi satu cabang ilmu yang lebih tinggi dari PHd,  dari doktor. ‘Kenapa tidak? Nanti aku terangkannya beb’

Kebanyak orang yang mempunyai degree, doktor, account cert., seperti lawyer, pensyarah, prof, doktor, mereka ini kesemuanya masih perlu pagi-pagi bangun dan pergi kerja. Setinggi mana awan, tentu ada langitnya. Setinggi mana jawatan tentu ada boss nya. Mereka masih perlu pergi kerja untuk dapatkan duit. Jadi objektif dan kelayakan untuk menjadi Internet Marketer, jauh lebih tinggi dari perkara tersebut.
Online marketing
Sebab itu ilmu internet marketer tidak terdapat dalam universiti. Sebab kalau pensyarah pon tahu bagaimana menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah dengan modal ‘seciput’, sudah tentu mereka pun mahu, ’sapa yang tak nak?’.

Internet Marketer adalah profession. Salah satu bidang "pekerjaan" untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang yang mempunyai minat yang tinggi dan keinginan yang tinggi. Ia tidak mudah, lebih susah dari menjadi seorang doktor atau professor. Sebab itu hanya 1% sahaja yang boleh mancapai tahap real internet marketer. Cuba lihat apa silibus mata pelajaran untuk mencapai tahap internet marketer.
Online marketing
1. Mampu membuat website sendiri. – ‘yang ini aku pon thg belajar, korang bila lagi??’

2. Bagaimana konsep membuat website supaya dapat menarik traffic yang tinggi. ‘Aku dah tahu konsepnya,jom aku kongsi… ia adalah konsep "Percuma" dan "Berfaedah", sebagai contoh Google, Youtube, Yahoo, Facebook & bermacam lagi, korang pon tau…’
Web Percuma & Berfaedah

3. Tahu menggunakan webform. Lihat, google, facebook, yahoo, wikipedia, Windowlife, Twitter, etc, kesemua website ini percuma dan berfaedah, tetapi untuk memiliki gmail percuma sekali pun anda kena daftar semua maklumat kedalam webform mereka. Ia "percuma" dengan bayaran "data anda". – ‘yang bab ini, aku thg study pakai autoresponding, dalam silibus email marketing seperti dalam entry sebelum ini’

4. Tahu menjadikan website anda berbentuk Viral, dimana ahli atau subscriber anda dengan sendirinya tolong mempromosikan website anda, maka ia akan menjadi autopilot. – ‘Viral tue macam virus laa bro, kalau dia merebak, cepat dan merbahaya, tp viral ni, merebak cepat dan sangat bagus….’
Viral

5. Tahu menggunakan email kempen. Jika anda daftar didalam facebook, twitter atau myspace, selepas anda mendaftar, ada tak mereka suruh anda periksa email anda untuk mengaktifkan link yang mereka beri. Itu kerja autoresponder, dan selepas itu anda akan mendapat beberapa email yang lain, itu adalah email kempen. –‘aku pon thg study pasal benda ni, nanti aku kongsikan kat korang semua yerkk’

6. Bagaimana berinteraksi dengan pelanggan. Walau pun didalam email, kita perlu berhemah jika tidak email kempen kita atau pertuturan dalam email kita hanya akan menjauhkan pelanggan dari kita.                  

Itu adalah sebahagian besar dari silibus pelajaran untuk menjadi Internet Marketer. Tidak ada satu universiti dalam dunia yang mengajar subjek tersebut, kecuali anda sendiri belajar dengan real internet markter. Itu pun jika mereka sudi mengajar.

Cuma perbezaan untuk mendapatkan ijazah internet marketer berbanding dengan ijazah diuniversiti tempatan adalah untuk ke universiti anda perlukan duit, tinggalkan keluarga, mohon biasiswa dan bayar balik ptptn.’Wa baru jee sattle kan hutang MARA minggu lepas!!’ Kena pergi kuliah, kena buat praktikal yang kadang-kala tak berbayar pun, dan kesudahnya jadi ‘jaga’ (seperti laporan akbar 4 tahun lepas, jaga ada 2 master). Tetapi untuk mempelajari dan mendapatkan ijazah internet marketer, anda hanya perlu duduk dirumah, luangkan masa mengadap dua pensyarah iaitu Prof. Google dan Prof. Youtube dan banyak website lain yang berfungsi sebagai tutor. Itu sahaja modalnya. ‘Satu lagi sumber, selalu-selalulah melawat blog ni yeark… aku budak baru belajar, kalau ade ilmu sikit aku kogsikan untuk kita sama-sama belajar’. Apabila sudah tamat, barulah anda menjadi internet marketer yang sebenarnya.

Contoh lain internet marketer yang berjaya seperti Larry Page dan Sergey Brin yang mencipta website google semasa mereka masih belajar di Stanford Universiti pada tahun 1998. Nilai website dan perniagaan internet marketing mereka pada tahun 2004 mencecah USD23 billion.

Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, pelajar sains komputer university harvad membina laman web facebook pada tahun 2005. Bila website itu meletop pada Mac 2008 seseorang telah menawarkan USD750juta untuk membeli facebook, tetapi tidak dijual, lalu yahoo pada Sept 2006 menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tak jual. Sept 2007 Microsoft pula ingin membeli facebook dengan tawaran USD500juta dan 5% dari keuntungan syarikat, pun tak jual. Nov 2007 seorang pelabur Hong Kong melabur sebanyak USD80 billion di facebook. Dan baru2 ini Facebook telah bekerja sama dengan pencipta gmail dan bekas engineer google Paul Buchheit. Maka semakin tinggilah nilai website Facebook. Itu contoh internet marketer yang berjaya dalam sejarah internet.


Itulah golangan 1% yang diperkatakan. Di gagasan Nusantara, contohnya di Malaysia, ramai juga yang berjaya tetapi sebahagiannya mereka tak berapa dikenali ramai, tapi mereka sudah mencapai objektif, dengan duduk dirumah, tak payah pergi kerja, duit masuk setiap hari, makin hari makin besar pendapatan mereka dan mereka ini buat dengan cara yang betul tanpa melanggar undang2.

Cara untuk menjadi internet markerter sebenar adalah mudah tapi tak senang. Bukan perlukan modal yang besar seperti menjual burger sekali pun perlukan dua tiga ribu, tetapi modal anda adalah masa yang sanggup diluangkan untuk belajar dan carilah guru yang betul. ‘Semoga korang semua termasuk aku faham jalan yang kita pilih ini, bagaimana perjalannya.’

-Sumber-sumber info dari Rosni bin Jusoh & Muhammad Kadri bin kamaruddin (AutoMLMAnda)-

Sunday, November 13, 2011

[Diary] Email Marketing



Salam semua, kepala tengah pening study email marketing.....


Sahabat bloger sekalian, entry ku sebelum ini telah aku laungkan semangat untuk menghabiskan subject email marketing ini selama seminggu, namun berat benar rasanya…. Tapi memandangkan tema blog ni ‘Fight Club’ aku gagahkan juga untuk Fight! segala masalah & halangan yang melanda supaya dapatku penuhi cita-cita menjadi seorang peniaga di alam siber. Kepada sahabat bloger yang berminat untuk menjadi ahli dalam pemasaran internet, mari kita sama-sama bantu membantu berkongsi ilmu dan sumber, supaya kita sama-sama dapat maju dalam dunia yang asasnya dipenuhi  nombor binary ini. ‘cam cerita Matrix gitu’.

Ok, untuk menunjukkan yang aku bertungku- lumus study hari ini, mari sahabat bloger lain semak apa yang telah aku pelajari. ‘kepada bro yang dah master, sila beri tunjuk ajar, segan x segan aku try cerita ape yg boleh ye bro…

















‘Ready… start sekarang’ Untuk memasarkan produk kita dengan efisyen di internet, kita mesti tahu teknik & mempunyai tools dalam pemasaran internet. Kaedah yang paling mudah, murah & efisyen ialah “email marketing”. Tools yang diperlukan ialah system email autoserponder & landing page. Bina satu landing page yang berkaitan produk anda, tawarkan free gift seperti ebook laporan atau tips yang berkaitan dengan produk anda, berikan kupon diskaun untuk produk yang bakal anda jual atau bahan informasi yang berkaitan dengan produk melalui medium video juga audio.



Landing page ini adalah satu web yang sangat ringkas serta ia dibina semata-mata untuk promosi produk anda dan mengumpul email list dari pelanggan yang berminat untuk mendapatkan free gift yang telah anda tawarkan tadi. Promosikan landing page ini di facebook, forum, blog dan bermacam kaedah lain untuk menarik traffic. Bila sudah berjaya menarik traffic dan ada yang berminat dengan free gift yang ditawarkan di landing page anda, mereka akan daftarkan nama dan alamat email mereka. Dari random traffic kini sudah menjadi prospect.


Kini giliran autoresponder pula mengambil bahagian, email list yang didaftarkan oleh pelanggan tadi telah disimpan untuk proses followup seterusnya. Prospect akan menerima link untuk download free gift melalui email autoresponder anda. Selain itu autoserponder bertindak sebagai medium followup yang terbaik sehingga prospect tadi menjadi buyer kepada produk anda.  Itu sajalah sedikit sebanyak isi penting dalam email marketing. Sebenarnya banyak lagi nak diceritakan ‘tak kan wa study satu hari mati-matian, ini jee yang boleh wa cerita… hehehehe sorry earkk, kepala dah pening, wa cerita gambaran secara ringkas sudahhh’

Nampak mudah bukan, kumpul list email banyak-banyak dan hantar email dengan content yang dapat menarik perhatian prospect sehingga bertukar menjadi buyer dan membeli produk anda. So nak jadi email marketer tak? Kalau berminat jom sama-sama buat, sama-sama rasa, sama-sam fight sampai menjadi.

-Nak tido awal hari ni, kepala pening-

1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.

Saturday, November 12, 2011

[Diary] Si Chomell Kesayanganku


Hari yang kurang syok laa…

Sedang hatiku berkobar-kobar ingin mempelajari ilmu Internet Markering ini, banyak sangat dugaan yang ‘entah ape-ape entah’. Aku kurang sihat hari ini, walaupun tidak masuk kerja tetapi kerja mesti ‘kena beres’, segalanya aku lakukan melalui telefon. ‘wa followup by phone jee beb’ Segalanya selesai tepat pada pukul 9.00 pagi dan bantal yang tadinya melambai-lambaiku, kini menyanyikan lagu syahdu untuk mendodoiku tidur. Namun si ‘baby boy’ku asyik menangis tanpa segan dan silu.

New Born

Setelah siap dimandikan dia tetap tidak mahu lelapkan mata, terpaksalah aku bergilir dengan si ‘mama’ yang masih dalam pantang melayan karenah si kecil ini. ‘Perutnya masuk angin, terkentu2’ ya ini masalah si dia hari ini, ‘kesian si bucuk ni’. Sehingga petang aku masih tidak menyentuh laptop, apatah lagi untuk dapat tidur dengan nyenyak.

Sekarang jam menunjukkan pukul 8.00 malam, aku berkain pelekat menunggu masuk waktu Isyak sambil update entry baru dalam blog ini dan berazam untuk memastikan malam ini dapatlah kiranya aku ‘menye study kan’ diriku ini. Subjek pertama ialah Email Marketing. Aku beri masa pada diri sendiri hanya seminggu sahaja untuk faham dan mencuba teknik promosi di internet ini dengan jayanya, insyallah….

Si chomell ku...
-Prooott si chomell ku kentut lagi, belom baik benar perutnya…. 8.10pm-

1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.

Friday, November 11, 2011

[Diary] Terus Menimba Ilmu


Coretan hari ini dimulakan dengan perkembangan rancanganku untuk terus berjuang dalam hidup. Aku kini  kerja sebagai “transport coordinator”, aku berkeja dengan member lama untuk membantunya menguruskan lori-lorinya, buat masa ini aku hanya menguruskan 7 lori untuk membuat penghantaran ke seluruh lembah klang. ‘Member aku ni kira tokey lori laa, dan aku sama-sama jalankan bizns dia… kira ok laa, x rasa macam kerja makan gaji, kena cari projek jugak, baru bleh cari makan beb.’ Waktu kerjaku, seawal pukul 5 pagi aku dah sepatutnya terpacak di warehouse dan pastikan semua lori masuk untuk mengambil barang. Aku akan pastikan barang semua dalam keadaan baik & kuantiti cukup serta dokumen hendaklah lengkap sebelum lori keluar untuk proses penghantaran. Paling awal pon pukul 8.30am dah settle semua dan boleh balik, itu pon kalau tak ade masalah sampingan. Ku kira masa kerja di sana flexible dan aku punya masa untuk mengumpul sebanyak mana ilmu tentang business online.

Tumpuanku kini lebih ke arah cara untuk promosi barangan kita di internet, atau dengan perkataan yang lebih sibernya internet marketing. ‘Korang tunggulah nanti ape yg aku bleh dapat grab dengan subjek ini, hihihihi’ Esok sudah hari Sabtu, banyak masa yang boleh aku gunakan untuk terus mencari info-info dalam usaha mempersiapkan diri sebelum terjun ke dunia Internet Marketing. ‘no more lepak2, no more movie & game yaa.’ Ok sampai di sini sahaja, dah tak sabar nak menimba ilmu baru ni.

-Berusahalah-

1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...