'Semua simpanan selama setahun habis & ini laaa rutin setiap tahun.. Jika ade balance simpananku khas untuk 1) hari ulang tahun perkahwinan, beli hadiah, shopping jalan-jalan dan makan malam. 2) Bercuti bersama keluarga, confirm dalam Malaysia sahaja "x payah laa korang pi keluar negara, dalam malaysia pon sampai tua x akan habis semua tempat menarik untuk korang lawati, barulah bleh kata untuk memartabatkan budaya dan bangsa".'
Hanya itu sahaja setiap tahun cara aku menikmati duit hasil titik peluhku. Tapi, rezekiku alhamdulillah murah, walau tidak mewah dengan wang ringgit, tetapi rezeki kesihatan, rezeki mempunyai sahabat yang setia, rezeki dipermudahkan segala urusan dan macam-macam lagi. Aku sangat bersyukur walau gaji cukup sederhana 'bukan cukup-cukup makan, tapi cukup laa utk setahun jee' walau tiada wang simpanan yang banyak, namun tiada dugaan atau ujian yang telah ditetapkan untukku yang melibatkan penggunaan duit yang banyak, alhamdullilah.
Cuma sekarang aku telah diberhentikan kerja dan sudah tentu rutin simpanan dan cara kepenggunaan wangku akan serta-merta bertukar, aku redha dah ALLAH telah memberikanku rezeki masa yang selama ini aku sangat-sangat perlukan. Inyallah dengan masa yang diberikan ini aku cuba sedaya-upaya untuk tumpukan kepada explore bidang baru disamping lebih penumpuan kepada keluarga. "Ya ALLAH ya Tuhanku, berkatilah masa yang telah Engkau berikan kepadaku, redhailah segala usahaku untuk FIGHT! dan terus berjuang dalam hidup ini dan mencapai cita-citaku untuk berjaya dalam perniagaan online ini. AMIN"
-sedang buat kira2 untuk bajet raya tahun depan-
1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.
No comments:
Post a Comment