Ramai yang menyangkan buat duit di internet atau business
online ni mudah, sebab memang banyak statement
di web atau forum yang menyatakan perniagaan internet mudah semudah a,
b, c. ‘Soalan ini aku tujukan kepada semua rakan bloger sekalian, betul ker senang
sangat buat duit di internet ni?? Pernah rakan bloger semua menjual ape-ape
produk di blog atau pernah membina 1 blogshop untuk memasarkan produk??. Benar ke
pendapatannya sangat lumayan? Atau sering kecewa dan hampir berputus asa.’
Tidak
dinafikan ada rakan-rakan kita yang berjaya menjana pendapatan di internet
namun satu kajian menunjukkan hampir 90% orang yang menceburi dunia perniagaan di
internet, kesudahannya samada rugi, atau balik modal atau untung sikit-sikit
sahaja. Apa yang dimaksudkan disini adalah 90% orang yang cuba mencari
pendapatan sampingan melalui internet biasanya menemui kegagalan. Perniagaan
internet ini biasanya sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar dengan
sistem networking dan juga modal yang sangat kecil tanpa perlu keluar rumah
untuk mengembangkan perniagaan internet mereka. Hanya 10% sahaja yang
benar-benar berjaya dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Mereka ini
kebiasaannya di panggil internet marketer (IM).
 |
Anda adalah golongan yang mana? |
‘So, korang di sebelah
yang mana? Aku pon masih ditahap cap ayam lagi… kalau x rugi, balik modal,
hahaahaahahahaaammpehh’
 |
10% berjaya dalam online marketing dan 1% sahaja ialah Internet Marketer |
Bagi internet marketer, objektif mereka adalah untuk mendapat keuntungan yang besar dengan modal yang sangat kecil dan hanya dengan
duduk di rumah. Ini sebenarnya bagiku bukan perniagaan, tetapi satu cabang ilmu
yang lebih tinggi dari PHd, dari doktor. ‘Kenapa tidak? Nanti aku terangkannya beb’
Kebanyak orang yang mempunyai degree, doktor, account cert., seperti lawyer,
pensyarah, prof, doktor, mereka ini kesemuanya masih perlu pagi-pagi bangun dan
pergi kerja. Setinggi mana awan, tentu ada langitnya. Setinggi mana jawatan
tentu ada boss nya. Mereka masih
perlu pergi kerja untuk dapatkan duit. Jadi
objektif dan kelayakan untuk menjadi Internet Marketer,
jauh lebih tinggi dari
perkara tersebut.
 |
Online marketing |
Sebab itu ilmu internet marketer tidak terdapat dalam universiti. Sebab kalau
pensyarah pon tahu bagaimana menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah dengan
modal ‘seciput’, sudah tentu mereka pun mahu, ’sapa yang tak nak?’.
Internet Marketer adalah profession. Salah satu bidang "pekerjaan"
untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang yang mempunyai minat yang tinggi
dan keinginan yang tinggi. Ia tidak mudah, lebih susah dari menjadi seorang doktor
atau professor. Sebab itu hanya 1% sahaja yang boleh mancapai tahap real
internet marketer. Cuba lihat apa silibus mata pelajaran untuk mencapai tahap
internet marketer.
 |
|
1. Mampu membuat website sendiri. – ‘yang ini aku pon thg belajar, korang bila
lagi??’
2. Bagaimana konsep membuat website supaya dapat menarik traffic yang tinggi. ‘Aku
dah tahu konsepnya,jom aku kongsi… ia adalah konsep "Percuma" dan
"Berfaedah", sebagai contoh Google, Youtube, Yahoo, Facebook &
bermacam lagi, korang pon tau…’
 |
Web Percuma & Berfaedah |
3. Tahu menggunakan webform. Lihat, google, facebook, yahoo, wikipedia,
Windowlife, Twitter, etc, kesemua website ini percuma dan berfaedah, tetapi
untuk memiliki gmail percuma sekali pun anda kena daftar semua maklumat kedalam
webform mereka. Ia "percuma" dengan bayaran "data anda". –
‘yang bab ini, aku thg study pakai autoresponding, dalam silibus email
marketing seperti dalam entry sebelum ini’
4. Tahu menjadikan website anda berbentuk Viral, dimana ahli atau subscriber
anda dengan sendirinya tolong mempromosikan website anda, maka ia akan menjadi
autopilot. – ‘Viral tue macam virus laa bro, kalau dia merebak, cepat dan
merbahaya, tp viral ni, merebak cepat dan sangat bagus….’
 |
Viral |
5. Tahu menggunakan email kempen. Jika anda daftar didalam facebook, twitter
atau myspace, selepas anda mendaftar, ada tak mereka suruh anda periksa email
anda untuk mengaktifkan link yang mereka beri. Itu kerja autoresponder, dan
selepas itu anda akan mendapat beberapa email yang lain, itu adalah email
kempen. –‘aku pon thg study pasal benda ni, nanti aku kongsikan kat korang
semua yerkk’
6. Bagaimana berinteraksi dengan pelanggan. Walau pun didalam email, kita perlu
berhemah jika tidak email kempen kita atau pertuturan dalam email kita hanya
akan menjauhkan pelanggan dari kita.
Itu adalah sebahagian besar dari silibus pelajaran untuk
menjadi Internet Marketer. Tidak ada satu universiti dalam dunia yang mengajar
subjek tersebut, kecuali anda sendiri belajar dengan real internet markter. Itu
pun jika mereka sudi mengajar.
Cuma perbezaan untuk mendapatkan ijazah internet marketer berbanding dengan
ijazah diuniversiti tempatan adalah untuk ke universiti anda perlukan duit,
tinggalkan keluarga, mohon biasiswa dan bayar balik ptptn.’Wa baru jee sattle
kan hutang MARA minggu lepas!!’ Kena pergi kuliah, kena buat praktikal yang
kadang-kala tak berbayar pun, dan kesudahnya jadi ‘jaga’ (
seperti laporan akbar
4 tahun lepas, jaga ada 2 master). Tetapi untuk mempelajari dan mendapatkan
ijazah internet marketer, anda hanya perlu duduk dirumah, luangkan masa
mengadap dua pensyarah iaitu Prof. Google dan Prof. Youtube dan banyak website
lain yang berfungsi sebagai tutor. Itu sahaja modalnya. ‘Satu lagi sumber,
selalu-selalulah melawat blog ni yeark… aku budak baru belajar, kalau ade ilmu
sikit aku kogsikan untuk kita sama-sama belajar’. Apabila sudah tamat, barulah
anda menjadi internet marketer yang sebenarnya.
Contoh lain internet marketer yang berjaya seperti
Larry Page dan
Sergey Brin
yang mencipta website
google semasa mereka masih belajar di Stanford Universiti
pada tahun 1998. Nilai website dan perniagaan internet marketing mereka pada
tahun 2004 mencecah USD23 billion.
Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris
Hughes, pelajar sains komputer university harvad membina laman web
facebook
pada tahun 2005. Bila website itu meletop pada Mac 2008 seseorang telah
menawarkan USD750juta untuk membeli facebook, tetapi tidak dijual, lalu yahoo
pada Sept 2006 menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tak jual. Sept
2007 Microsoft pula ingin membeli facebook dengan tawaran USD500juta dan 5%
dari keuntungan syarikat, pun tak jual. Nov 2007 seorang pelabur Hong Kong
melabur sebanyak USD80 billion di facebook. Dan baru2 ini Facebook telah
bekerja sama dengan pencipta gmail dan bekas engineer google
Paul Buchheit.
Maka semakin tinggilah nilai website Facebook. Itu contoh internet marketer
yang berjaya dalam sejarah internet.
Itulah golangan 1% yang diperkatakan. Di gagasan Nusantara, contohnya di
Malaysia, ramai juga yang berjaya tetapi sebahagiannya mereka tak berapa
dikenali ramai, tapi mereka
sudah mencapai objektif, dengan duduk dirumah, tak
payah pergi kerja, duit masuk setiap hari, makin hari makin besar pendapatan
mereka dan mereka ini buat dengan cara yang betul tanpa melanggar undang2.
Cara untuk menjadi internet markerter sebenar adalah
mudah tapi tak senang.
Bukan perlukan modal yang besar seperti menjual burger sekali pun perlukan dua
tiga ribu, tetapi
modal anda adalah masa yang sanggup diluangkan untuk belajar
dan carilah guru yang betul. ‘Semoga korang semua termasuk aku faham jalan yang
kita pilih ini, bagaimana perjalannya.’

-Sumber-sumber info dari Rosni bin Jusoh & Muhammad
Kadri bin kamaruddin (AutoMLMAnda)-