Friday, November 11, 2011

[Diary] Fight Club Blog / Kelab Perjuangan Blog


Salam kepada semua pembaca, hari ini Khamis,  jam 10:55 malam, malam Jumaat, create 1 blog & publish dengan title “Fight Club”. Secara pandangan kasarnya ‘nampak macam marah jee bang!!’, tapi hakikatnya cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup yang bakal dilalui dengan para sahabat di dunia siber, dunia  yang lebih luas dari dunia yang mana aku berada sekarang. Blogku ‘kelab-perjuangan.blogspot.com’ ini bukan bertujuan untuk melakukan provokasi atau apa jua perbuatan yang tidak berfaedah, tetapi hanya sebuah blog, sebagai pentas nukilan dari seorang penulis dalam penceritaanya tentang perjuangannya untuk terus hidup. ‘chewwahh… pehh ayat tak ingat beb’.  Pernah tonton drama “Fight Club” lakonan  Brad Pitt & Edward Norton? Dahulu ketika di zaman kolej, cerita ini sangat  top di kalangan student dan hari ini setelah hampir 10 tahun, aku berpeluang untuk menonton sekali lagi! ia seperti menjadi semangat baru buat diriku yang sememangnya sangat memerlukan suntikan semangat. ‘Best beb cerita ni… mengimbau balik zaman ke-kolej-san dolu-dolu’
Fight Club


"Berapa banyak yang boleh anda benar-benar faham tentang diri sendiri, jika anda tidak pernah berada di dalam perjuangan " 


Aku baru sahaja diberhentikan kerja kerana department aku telah closed, kini aku mesti terus berusaha & berjuang untuk terus hidup seperti orang biasa. Setiap perjuangan & cabaran dalam hidup ini, memberikan peluang aku mengenali siapakah aku? & potensi sebenar dalam diriku ini.


Aku akan cerita serba-sedikit tentang latarbelakang pekerjaan aku sebelum ini. Aku kelulusan Diploma Sains Komputer tetapi bekerja dalam sector warehouse & logistic. ‘Ade kena-mengena dgn ape yg aku bejar ke, sorry la der…. X ade langsung’ Tetapi 3 tahun lebih aku memegang jawatan supervisor dan berpindah ke company lain dan selama 2 tahun aku memegang jawatan executive dan seterusnya ‘langsung diberhentikan kerja dong!’. Jadi sekarang aku sedang merempat & menganggur, tak pernah terfikir aku akan jadi jobless seperti yang aku sering baca di dada-dada akhbar, namun kuasa tuhan… Kadaq & kadar Allah SWT telah menentukan segalanya. Aku redha & lebih bersyukur kini.


‘So apa wa nak buat ni? Lu org ade cadangan? Kalau kang-kang jee, masak laa beb, x makan anak bini wa macam ni……’ Dalam kotak pemikiranku yang sentiasa kusut ini telah timbul idea untuk berniaga. Ya, berniaga. Cuma aku ingin sekali melakukannya secara offline & online, ‘kata ade dip sains comp’. Tetapi , pengajianku yang dah hampir 7 tahun ku tinggalkan? Mampukah aku recall segalanya? Setelah aku list down segala keperluan untuk berniaga secara online ini, lalu aku mulakan langkah pertama dengan create blog ini dan mula berjinak-jinak dengan dunia siber yang sebelum ini aku hanya berminat dengan Facebook, Youtube, Game & B.O.L.A. 


First entry ini aku cuma ingin menegaskan bahawa blog ini hanya untuk cerita hikayat tentang:
*Diary seorang pengaggur, yang ingin berusaha berniaga secara online.
*Maklumat berkaitan perniagaan internet yang telah aku kumpul untuk dikongsikan kepada pembaca yang baru nak berjinak-jinak & ‘yg sanggap x ade job macam wa ni~’
*Tips perniagaan internet, aku akan kongsikan sekiranya mendapat tips yang bagus dari sifu online business & mungkin tips yang terbukti & pernah aku cuba dalam usaha aku untuk success dalam online business ini.


Ok last sekali, kita berbalik kepada drama “Fight Club” & The Rule of Fight Club.




1st RULE: You do not talk about FIGHT CLUB.
2nd RULE: You DO NOT talk about FIGHT CLUB.
3rd RULE: If someone says "stop" or goes limp, taps out the fight is over.
4th RULE: Only two guys to a fight.
5th RULE: One fight at a time.
6th RULE: No shirts, no shoes.
7th RULE: Fights will go on as long as they have to.
8th RULE: If this is your first night at FIGHT CLUB, you HAVE to fight.




Tapi dalam blog ini juge ade rules dan rule yang disebutkan itu ialah:


1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2 diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan terakhir, 5th RULE : Harap pembaca sekalian patuhi semua RULES dalam blog ini.


-salam perjuangan-

6 comments:

dadyario said...

i follow you!!!add me to my friend!!tnx

sdr musa said...

emmm ..menarik

Unknown said...

@dadyario followed u back... :)
@sdr musa thanks man.

Anonymous said...

Drama Fight Club memang best, saya rasa pon macam nak tgk lagi.. mana nak dapat bro? Drama yg banyak pengajaran, bukan sekadar cerita street fighter jee... terbaik bro!

sharul izam said...

terima kasih atas komen anda...
actually suka cter Fight club..:)

Unknown said...

Cerita Fight Club Terbaik !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...