Pada entry sebelum ini ada pertanyaan yang telahku lemparkan
kepada rakan bloger sekalian. Pertanyaannya adalah begini ‘Pernah rakan bloger
semua menjual ape-ape produk di blog atau pernah membina 1 blogshop untuk
memasarkan produk??. Benar ke pendapatannya sangat lumayan? Atau sering kecewa dan
hampir berputus asa.’
Jika selama usaha anda untuk menjadi peniaga di alam siber
ini sering menemui kegagalan, janganlah anda serik, merasa kecewa dan berputus-asa.
Anda mesti berusaha & terus menimba ilmu supaya situasi seperti merasakan
diri sediri hanyut dan mengalah sebelum berusaha dapat dilawan. Situasi ini
sebenarnya dipanggil Metal Block. Kita menghadapi kesukaran untuk maju ke
hadapan meskipun sudah memulakan sesuatu. Kata Anthony Robbins, individu
berjaya bukan sahaja memiliki keupayaan untuk bertindak, tetapi mereka juga
mempunyai keupayaan untuk maju ke hadapan, atau melakukannya secara
konsisten.
Dalam dunia siber, wujud paling kurang 3 jenis mental
block dalam diri setiap blogger/internet maketer/peniaga online iaitu:
Saya tidak boleh buat duit.
Saya tidak boleh menulis.
Saya tidak pandai promosi.
Saya tidak boleh buat duit
![]() |
Gagal memperoleh duit secara online ??? |
Setelah selesai membina blog, mengupah membuat website, membeli
themes menarik untuk landing page, melaburkan duit untuk reka bentuk logo, memuat
naik artikel-artikel baru, mangarang surat jualan, memasang segala system
marketing tools dan bermacam lagi persiapan untuk anda menceburkan diri dalam
business online. Tiba-tiba pada keesokan harinya hati kita wujud sifat ragu-ragu.
Kata hati ;
“Betulkah ape yang aku buat ni? Adakah aku boleh menjana
pendapatan dari blog seperti bloger lain?”
“Produk aku ni boleh ker diterima ramai?”
“Ade ker yang berminat nak singgah melihat promosi aku, ade
ker list/prospect aku ini akan memberli produk aku???”
Dalam situasi ini, kedua-dua jawapan positif dan negatif
adalah betul. Bermakna, sekiranya kita memberikan jawapan yang negatif terhadap
diri, maka ia adalah pilihan kita. Begitu juga sebaliknya.
Justeru itu, untuk berhadapan dengan situasi mental block
seperti ini, pastikan kita sudah tahu bagaimana blueprint, atau langkah yang
betul untuk melakukannya. Dalam dunia internet marketing, apa yang kita perlu
tahu adalah cara sebenar internet marketer lain buat duit dengan internet dan
setiap hari tambahkan segala ilmu yang berkaitan. Dengan ini, rasa ragu-ragu
itu akan pudar sedikit demi sedikit. Kerana kita yakin dengan jalan yang
dipilih.
Saya tidak boleh menulis
Benarkah semua peniaga online, blogger dan internet marketer
membina asset perniagaan mereka mempunyai kemahiran dan bakat dalam penulisan?
Tidak sama sekali. Malah kebanyakan daripada mereka sering melakukan kesalahan
dari segi penggunaan bahasa, struktur ayat dan sebagainya. Tetapi kenapa mereka
masih boleh berjaya? Kenapa blog, web atau surat jualan mereka dapat menjadi
sebuah mesin duit walaupun gaya penulisan mereka tidak secantik seperti pakar
bahasa.
Jawapannya, mereka menjadi diri sendiri. Bersikap jujur dalam
penulisan adalah jalan terbaik untuk memperbaiki kualiti penulisan hari demi
hari. Majoriti manusia tidak dilahirkan terus bijak menulis. Tetapi mereka
dilahirkan dengan keupayaan untuk memperbaiki kualiti penulisan.
Saya tidak pandai promosi
Dalam dunia perniagaan, kajian menunjukkan 90% perniagaan
lingkup kerana tidak mempromosikan produk atau servis mereka. Peratusan ini
juga tidak terkecuali, malah hampir sama dalam dunia online business. Mereka
yang gagal adalah mereka yang tidak tahu, atau tidak mempunyai kaedah yang
betul untuk mempromosikan perniagaan online/web/blogshop mereka.
Sedangkan untuk hidup sebagai seorang blogger/internet
marketer/peniaga online sepenuh masa, trafik memainkan peranan penting. Trafik
adalah enjin utama sebelum kita boleh menjana pendapatan yang lumayan menerusi
blogshop /landing page/ web. Untuk mengalihkan mental block ini, luangkan masa untuk
membaca bahan-bahan ilmiah seperti buku, artikel majalah, ebook dan lain-lain yang boleh menambahkan kemahiran dan tekni yang berkaitan dengan bidang tersebut.
"So segala cabaran & halangan kita fight! sama-sama beb, kasi pecah. Yang penting itu semua hanyalah mental blok kita yang hadir untuk melemahkan kita, rezeki itu dari ALLAH dan kita hanya perlu berusaha dan bertawakal sahaja, kalau ALLAH x bagi rezaki itu hak DIA, kita perlu terus berusaha & berdoa, mungkin belum sampai masanya, rancangan ALLAH itu lebih baik dari hambanya."
"So segala cabaran & halangan kita fight! sama-sama beb, kasi pecah. Yang penting itu semua hanyalah mental blok kita yang hadir untuk melemahkan kita, rezeki itu dari ALLAH dan kita hanya perlu berusaha dan bertawakal sahaja, kalau ALLAH x bagi rezaki itu hak DIA, kita perlu terus berusaha & berdoa, mungkin belum sampai masanya, rancangan ALLAH itu lebih baik dari hambanya."
-Sumber-sumber info dari Hasbul Aqill (Majalah Niaga)-
No comments:
Post a Comment