Hari yang kurang syok laa…
Sedang hatiku berkobar-kobar ingin mempelajari ilmu Internet
Markering ini, banyak sangat dugaan yang ‘entah ape-ape entah’. Aku kurang
sihat hari ini, walaupun tidak masuk kerja tetapi kerja mesti ‘kena beres’,
segalanya aku lakukan melalui telefon. ‘wa followup by phone jee beb’ Segalanya
selesai tepat pada pukul 9.00 pagi dan bantal yang tadinya melambai-lambaiku,
kini menyanyikan lagu syahdu untuk mendodoiku tidur. Namun si ‘baby boy’ku asyik
menangis tanpa segan dan silu.
![]() |
New Born |
Setelah siap dimandikan dia tetap tidak mahu lelapkan mata,
terpaksalah aku bergilir dengan si ‘mama’ yang masih dalam pantang melayan
karenah si kecil ini. ‘Perutnya masuk angin, terkentu2’ ya ini masalah si dia
hari ini, ‘kesian si bucuk ni’. Sehingga petang aku masih tidak menyentuh
laptop, apatah lagi untuk dapat tidur dengan nyenyak.
Sekarang jam menunjukkan pukul 8.00 malam, aku berkain pelekat
menunggu masuk waktu Isyak sambil update entry baru dalam blog ini dan berazam
untuk memastikan malam ini dapatlah kiranya aku ‘menye study kan’ diriku ini.
Subjek pertama ialah Email Marketing. Aku beri masa pada diri sendiri hanya
seminggu sahaja untuk faham dan mencuba teknik promosi di internet ini dengan
jayanya, insyallah….
![]() |
Si chomell ku... |
-Prooott si chomell ku kentut lagi, belom baik benar perutnya…. 8.10pm-
1st RULE : You do not talk about Fight Club blog
2nd RULE : You DO NOT talk about Fight Club blog
3rd RULE : Setelah membaca setiap nukilanku sila
beri sedikit nasihat, cadangan, kutukan, komen dan idea. (ia sangat2
diperlukan, lebih2 lagi dari sahabat2 yg sudah lama dalam bidang online
business ini.)
4th RULE : Sila follow 3rd RULE (juga
memerlukan pandangan dan motivasi dari sahabat yang lain)
Dan yang terakhir 5th RULE : Harap pembaca sekalian
patuhi semua RULES dalam blog ini.
No comments:
Post a Comment