Hari ini, hari pertama perniagaanku “BaRaKaH SERVICES” beroperasi, sedangku membaca email sambil mancari-cari info tips perniagaan. Aku terbaca tips yang ringkas tetapi sangat berguna – Tips mengelak dari bankrap. Mari aku kongsikan dan terangkan kepada rakan-rakan bloger lain :
3 Tip Mengelak Bisnes dan Diri Sendiri Bankrap
1.)Menghapuskan simbol kekayaan sebelum berniaga.
2.)Mulakan bisnes kecil-kecilan.
3.)Menjaga wang masuk dan wang keluar.
Menghapuskan simbol kekayaan sebelum berniaga:
![]() |
Kereta mewah melambangkan status |
Apa simbol kekayaan yang dimaksudkan? Antara simbol-simbol
yang kebiasaannya menarik perhatian adalah kereta besar, rumah besar, dan
berpeluang untuk melancong ke mana-mana.Tidak semua usahawan yang berjaya
menjadikan simbol kekayaan sebagai matlamat akhir mereka.
Kajian-kajian yang
dibuat mendapati, usahawan-usahawan yang berjaya ini menjadikan simbol kekayaan
sebagai satu bonus kepada diri mereka, selepas mereka berusaha keras untuk
membangunkan perniagaan. Ini bermakna, fokus utama usahawan adalah membina dan
menstabilkan perniagaan terlebih dahulu sebelum membeli ‘hadiah’ untuk kepuasan
diri sendiri. Anda mesti ingat pesanan ini, “mereka yang sentiasa gagal
menjalankan perniagaan sehingga mencapai status bankrap adalah golongan yang
fokusnya terletak pada simbol-simbol kekayaan, seperti duit, kereta, dan rumah
semata-mata”
Mulakan bisnes kecil-kecilan:
![]() |
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit |
Bagi yang tidak mempunyai pengalaman berniaga. Cari
pengalaman dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Ini bagi membantu
kita untuk memahami aspek-aspek asas perniagaan sebelum melangkah ke peluang
bisnes yang lebih besar. Namun begitu, perniagaan yang kecil, risiko tidak semestinya
kecil. Ada juga bisnes kecil yang akan membuatkan kita rugi besar. Tetapi
bisnes yang besar, tahap kerugian itu pasti besar. Apabila kita berjaya
membangunkan bisnes kecil, maka ia menunjukkan kita mempunyai potensi untuk
mengawal bisnes-bisnes besar.
Menjaga wang masuk dan wang keluar:
![]() |
Kunci kira-kira, penyata untung-rugi adalah sangat penting |
Sebagai usahawan, perniagaan yang dimiliki memberikan kita
sesuap nasi setiap hari. Apabila kita gagal mengetahui wang masuk dan wang
keluar, ia mendorong kepada kerugian secara halus. Daripada kerugian-kerugian yang
halus ini, ia akan membawa kepada kerugian berjumlah sehingga jutaan ringgit. Jaga
wang perniagaan kita. Tahu dan catat setiap kali transaksi yang berlaku supaya
kita dapat kesan perjalanan wang tunai yang bocor. Sebagai pemilik perniagaan,
semakin banyak duit yang ada di dalam akaun, semakin tinggi nilai perniagaan
itu. Hal ini tidak dinafikan kerana duit merupakan penjamin untuk perniagaan
itu terus bertahan. Namun begitu, gunakan duit dengan cara yang betul.
Pembaziran kerana hendak memuaskan nafsu semata-mata akan membunuh bisnes kita.
Kebanyakan individu yang hidup bebas masa dan bebas
kewangan, adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang mempunyai
perniagaan sendiri. Dalam masa sama, ia memberikan satu petunjuk dan inspirasi
kepada segelintir kita, untuk memulakan perniagaan akibat terdorong dengan
kemewahan yang mereka miliki. Jadi ingatlah wahai teman-teman bersihkan hati
dahulu dan sentiasa memohon petunjuk dari ALLAH sepaya dipermudahkan segala
urusan dan dikurniakan hati yang tabah.
-Sumber-sumber info dari Aqif Aziza (Majalah Niaga)-
4 comments:
Tips berguna tuan...ambo mencari ilmu jugak dalam biz ni...wlpn ambo makan gaji tp hakikat sebenarnya hati ini lebih berat tentang biznes ni, hanya rezeki x der lg utk mulakannya...Jazakallah Hukhairan kerana tips2 menarik berkenaan biz dr blog tuan...
Alhamdulillah, mari kita kongsi bersama ilmu moga2 mudah untuk kita menjayakan sunnah Rasullah untuk berniaga.
ada orang meniaga kerana minat...mcm saya...=)
@sky se7en design
yup, sama seperti saye, dengan minat yang sejati dan ilmu yg cukup dapat memberikan keputusan yg positif dalam perniagaan kita.
Post a Comment