Tuesday, November 22, 2011

[Tips] Memulakan Bisnes, Tapi Takut Bankrap


Hari ini, hari pertama perniagaanku “BaRaKaH SERVICES” beroperasi, sedangku membaca email sambil mancari-cari info tips perniagaan. Aku terbaca tips yang ringkas tetapi sangat berguna – Tips mengelak dari bankrap. Mari aku kongsikan dan terangkan kepada rakan-rakan bloger lain :

3 Tip Mengelak Bisnes dan Diri Sendiri Bankrap
1.)Menghapuskan simbol kekayaan sebelum berniaga.
2.)Mulakan bisnes kecil-kecilan.
3.)Menjaga wang masuk dan wang keluar.

Menghapuskan simbol kekayaan sebelum berniaga:

Kereta mewah melambangkan status

Apa simbol kekayaan yang dimaksudkan? Antara simbol-simbol yang kebiasaannya menarik perhatian adalah kereta besar, rumah besar, dan berpeluang untuk melancong ke mana-mana.Tidak semua usahawan yang berjaya menjadikan simbol kekayaan sebagai matlamat akhir mereka. 

Kajian-kajian yang dibuat mendapati, usahawan-usahawan yang berjaya ini menjadikan simbol kekayaan sebagai satu bonus kepada diri mereka, selepas mereka berusaha keras untuk membangunkan perniagaan. Ini bermakna, fokus utama usahawan adalah membina dan menstabilkan perniagaan terlebih dahulu sebelum membeli ‘hadiah’ untuk kepuasan diri sendiri. Anda mesti ingat pesanan ini, “mereka yang sentiasa gagal menjalankan perniagaan sehingga mencapai status bankrap adalah golongan yang fokusnya terletak pada simbol-simbol kekayaan, seperti duit, kereta, dan rumah semata-mata

Mulakan bisnes kecil-kecilan:

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Bagi yang tidak mempunyai pengalaman berniaga. Cari pengalaman dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Ini bagi membantu kita untuk memahami aspek-aspek asas perniagaan sebelum melangkah ke peluang bisnes yang lebih besar. Namun begitu, perniagaan yang kecil, risiko tidak semestinya kecil. Ada juga bisnes kecil yang akan membuatkan kita rugi besar. Tetapi bisnes yang besar, tahap kerugian itu pasti besar. Apabila kita berjaya membangunkan bisnes kecil, maka ia menunjukkan kita mempunyai potensi untuk mengawal bisnes-bisnes besar.

Menjaga wang masuk dan wang keluar:

Kunci kira-kira, penyata untung-rugi adalah sangat penting

Sebagai usahawan, perniagaan yang dimiliki memberikan kita sesuap nasi setiap hari. Apabila kita gagal mengetahui wang masuk dan wang keluar, ia mendorong kepada kerugian secara halus. Daripada kerugian-kerugian yang halus ini, ia akan membawa kepada kerugian berjumlah sehingga jutaan ringgit. Jaga wang perniagaan kita. Tahu dan catat setiap kali transaksi yang berlaku supaya kita dapat kesan perjalanan wang tunai yang bocor. Sebagai pemilik perniagaan, semakin banyak duit yang ada di dalam akaun, semakin tinggi nilai perniagaan itu. Hal ini tidak dinafikan kerana duit merupakan penjamin untuk perniagaan itu terus bertahan. Namun begitu, gunakan duit dengan cara yang betul. Pembaziran kerana hendak memuaskan nafsu semata-mata akan membunuh bisnes kita.

Kebanyakan individu yang hidup bebas masa dan bebas kewangan, adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang mempunyai perniagaan sendiri. Dalam masa sama, ia memberikan satu petunjuk dan inspirasi kepada segelintir kita, untuk memulakan perniagaan akibat terdorong dengan kemewahan yang mereka miliki. Jadi ingatlah wahai teman-teman bersihkan hati dahulu dan sentiasa memohon petunjuk dari ALLAH sepaya dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan hati yang tabah.

-Sumber-sumber info dari Aqif Aziza (Majalah Niaga)-

4 comments:

TaTJ said...

Tips berguna tuan...ambo mencari ilmu jugak dalam biz ni...wlpn ambo makan gaji tp hakikat sebenarnya hati ini lebih berat tentang biznes ni, hanya rezeki x der lg utk mulakannya...Jazakallah Hukhairan kerana tips2 menarik berkenaan biz dr blog tuan...

Unknown said...

Alhamdulillah, mari kita kongsi bersama ilmu moga2 mudah untuk kita menjayakan sunnah Rasullah untuk berniaga.

sky se7en design said...

ada orang meniaga kerana minat...mcm saya...=)

Unknown said...

@sky se7en design
yup, sama seperti saye, dengan minat yang sejati dan ilmu yg cukup dapat memberikan keputusan yg positif dalam perniagaan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...